Isnin, 3 Mac 2014

Pertandingan Bolasepak dalam bendang 2014

8 Mac 2014 - Pertandingan bolasepak (7 sebelah) telah diadakan di kampung ini. Sebanyak tujuh pasukan terdiri dari lima pasukan pemuda dan dua pasukan veteran menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini anjuran Pemuda UMNO kampung ini dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani. Pertandingan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 7.00 petang. Pihak penganjur menyediakan hadiah berbentuk hamper dan wang tunai untuk tempat pertama hingga keempat.







































Semangat kesukanan yang tinggi membolehkan pertandingan berjalan dengan lancar. Pertandingan ini juga dapat memupuk siratulrahim dengan lebih erat antara semua warga kampung ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Tiada ulasan: