Selasa, 11 Mac 2014

Catatan Mac 2014

30 Mac 2014 - Pergerakan Wanita UMNO Cawangan telah mengadakan tazkirah bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, bertempat di rumah Puan Rushitah bt. Jaafar/En. Hamzah bin Muhammad Ali. Tazkirah disampaikan oleh Ustazah Mariam bt. Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian) dan Puan Wan Mohalina Wan Mohamad (Ketua Wanita Bahagian). Tazkirah terbuka untuk wanita sahaja.





Pic by - Anis Nazura

30 Mac 2014 - Perhimpunan Perdana ke-8 & penghargaan JKKK negeri Kedah di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah). Pengerusi & Setiausaha JKKK turut hadir dalam majlis ini.

                                               Pic by - Hashim @Haba Pen
16 Mac 2014 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan di rumah En. Azhar Sudin. Kehadiran menggalakan. Ini merupakan mesyuarat terakhir bagi penggal ini. Penggal baru akan bermula April 2014. Perlantikan baru JKKK dikendalikan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Kuala Muda.

9 Mac 2014 - Wanita kampung ini bergotong-royong menyediakan juadah makanan untuk meraikan pemain-pemain bolasepak yang menyertai pertandingan bolasepak dalam bendang 2014.





                                         Pic by Anis Nazura
*************************************************

Bulan ini kemarau melanda kampung ini. Bendang kering kontang. Aktiviti penanaman padi terhenti seketika. Bendang telah dijadikan padang bola dan tempat bermain wau.

Tiada ulasan: