Isnin, 28 April 2014

Catatan April 2014


26.04.2014 - Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan ini telah diadakan dirumah En. Khairol Annuar Mohammad Nanyan. Mesyuarat juga telah memutuskan perlantikan jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Cawangan dan Ahli jawatankuasa tambahan. Di dalam mesyuarat ini juga biro-biro telah ditubuhkan bagi memantapkan lagi pentadbiran UMNO Cawangan. Mesyuarat juga telah menetapkan tarikh persidangan UMNO Cawangan yang akan diadakan pada 18 Mei 2014. Mesyuarat sayap-sayap juga akan diadakan pada hari yang sama.



27.04.2014 - Pertemuan ramah mesra dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Dato' Mejar(B) Abdul Rahim Saad dan Kepimpinan UMNO Bahagian di Kampung Telok Amboi. Diantara yang hadir adalah Naib Ketua Bahagian, En. Mohd Rodhi Rejab, Ketua Puteri Bahagian, Puan Mashitah Md. Yusoff, Setiausaha Bahagian, En. Rosli Md. Rejab, AJK Bahagian, Ketua-ketua Cawangan didalam Zon Pantai Merdeka bersama pimpinan sayap-sayap. Ketua dan Setiausaha Cawangan turut hadir dalam pertemuan tersebut. Banyak perkara dibangkitkan terutamanya yang berhubungkait dengan perkembangan semasa UMNO Bahagian Sungai Petani.





28.04.2014 - Penyerahan watikah perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Parlimen Sungai Petani yang diadakan di Dewan Kenangan Sungai Petani. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Pegawai Daerah Kuala Muda. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Dato' Mejar(B) Abdul Rahim Saad, En. Muhamad Rajaee (Wakil ADUN Pantai Merdeka). Pengerusi dan Setiausaha turut hadir dalam majlis tersebut.

Senarai penuh JKKK kampung Sungai Yu bagi penggal 2014-2016 adalah seperti berikut;
Pengerusi - En. Azhar bin Sudin
Timbalan Pengerusi - En. Mohd Radzi bin Murad
Setiausaha - En. Kasim bin Ahmad
Bendahari - En. Saad bin Darus
Ahli - En. Abd. Razak bin Ismail, Puan Anis Nazura bt. Ismail, En. Hamzah bin Muhamad Ali, En. Khairol Annuar bin Mohamad Nanyan, Puan Masri bt. Mohd Saad, En. Muslim bin Saad, En. Muhd Latif bin Harun, En. Osman bin Darus, En. Rosli bin Ismail, En. Salim bin Saad dan En. Zulkifli bin Abdul Samad. 

Tiada ulasan: