Khamis, 15 Oktober 2015

Oktober 2015



06.10.2015 - Setiausaha dan Bendahari JKKK telah hadir dalam Majlis penyerahan bantuan Hari Sukan Negara 2015 di Bilek Gerakan Pejabat Daerah Kuala Muda. Penyerahan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Ismail, Pegawai Daerah Kuala Muda.


07.10.2015 - Surat Jemputan Sukanika mula diedarkan kepada semua warga Sungai Yu. Jemputan untuk warga Sungai Yu diuruskan oleh Puan Anis Nazura Ismail.

















































Pic. by Mohammad Fitri Saidin & Anis Nazura

Sekitar Sukanika Hari Sukan Negara pada 10.10.2015 (Sabtu). Sukanika dimulakan pada Jam 3.00 petang di Perkarangan rumah En. Abdul Razak bin Ismail. Terima kasih kepada peserta dan pengunjung yang memeriahkan Sukanika ini. Sukanika ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan berbekalkan bantuan kewangan sebanyak RM500.00 yang diterima dari Pejabat Daerah Kuala Muda. Jawatankuasa Penganjur adalah terdiri dari JKKK kampung ini. 





Pic by Anis Nazura 
18.10.2015 - Program "Bacaan Yaassin" anjuran JASA dengan kerjasama Wanita UMNO Cawangan Sungai Yu dirumah En. Rosli Mohd Salleh. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

24.10.2015 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan di rumah En. Kasim Ahmad. Pelbagai topik dibincangkan termasuklah menyiapkan Lapuran Hari Sukan Negara 2015. Lapuran telah dihantar ke Pejabat Daerah Kuala Muda.








































Tiada ulasan: