Rabu, 25 November 2015

November & Disember 2015

24.12.2015 - Perjumpaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Dato' Hj. Abdul Rahim bin Saad dengan Ketua-ketua UMNO Zon Pantai Merdeka yang diadakan di Pantai Merdeka Resort. Pelbagai perkara dibincangkan.....Ketua UMNO Cawangan Sungai Yu, En. Azhar Sudin turut hadir.


20.12.2015 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan. Alhamdulillah semua dapat hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini adalah yang terakhir untuk tahun 2015.




03.12.2015 - Pengerusi JKKK, En. Azhar Sudin telah menghadiri Perhimpunan JKKK/JKKKP Malaysia 2015 di Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur.



21.11.2015 - Mesyuarat bulanan JKKK di adakan di rumah En. Mohd Muslim Saad. Perbincangan tertumpu kepada bidang-bidang yang ada hubungkait dengan fardu kifayah yang perlu diberi perhatian oleh warga Sungai Yu. Selain dari itu penambahbaikan logistik kampung juga dibincangkan dan diambil tindakan yang sewajarnya.


Tiada ulasan: